Free shipping for orders over RM100.00
Golongan Berisiko Tinggi Diabetes

 

FAKTOR RISIKO TINGGI

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan masing-masing kerana kesihatan kita adalah milik dan tanggungjawab kita bersama. Kenali dan fahami faktor risiko, tanda dan gejala penyakit diabetes supaya pencegahan dan rawatan awal dapat dilakukan.

Faktor Risiko Tinggi:

1. Sejarah keluarga menghidap diabetes

2. Berumur 45 tahun & keatas

3. Berat badan berlebihan & obesiti

4. Tekanan darah tinggi

5. Kurang aktif

6. Pemakanan yang tidak sihat

7. Tahap kolesterol tinggi

8. Sejarah diabetes kehamilan terakhir

9. Perokok

SIMPTOM

Berikut adalah simptom & gejala –gejala penyakit diabetes:

1. Dahaga dan haus berlebihan

2. Kerap berasa lapar

3. Kerap membuang air kecil

4. Berat badan menaik atau menurun

5. Luka lambat sembuh & cepat terkena jangkitan (infeksi)

6. Pening kepala & sering pengsan

7. Otot lemah & sering kebas

8. Letih yang melampau

9. Penglihatan kabur

Sumber rujukan:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (2008, 28 April). Diabetes Mellitus. Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/en/diabetes-mellitus-3/

Centre for Disease Control and Prevention (CDC). (2021, 16 November). What is Diabetes? Retrieved from https://www.cdc.gov/diabetes/basics/diabetes.html

World Health Organization (WHO). (2021, 10 November). Diabetes. Retrieved from https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/diabetes

Disediakan oleh: 

Ain Nabihah (Dietitian)