Free shipping for orders over RM100.00
Hepatitis B

Hepatitis B (HBV) ialah sejenis penyakit berjangkit yang berpunca dari sejenis virus bernama Hepatitis B. Majoriti individu yang dijangkiti tidak mempunyai simptom. HBV boleh memberi masalah kesihatan yang serius terhadap penghidap. Antara masalah tersebut ialah sirosis hati dan kanser hati.
Cara jangkitan
Hepatitis B (HBV) boleh merebak melalui cecair tubuh seperti darah dan cecair badan termasuk:
●    Bersentuhan dengan darah sesorang yang mempunyai penyakit HBV seperti berkongsi jarum suntikan dan luka yang terdedah.
●    Hubungan seks yang tidak selamat. 
●    Jangkitan daripada ibu kepada anak (ibu yang positif HBV)
●    Pendedahan kepada barang yang tercemar.
Seseoarang tidak akan dijangkiti HBV melalui:
●    Berkongsi alatan dan makanan dengan seseorang yang menghidap penyakit HBV.
●    Sentuhan seperti pelukan, pegangan dan ciuman.
●    Batuk atau bersin.
●    Susu ibu menyusu.
Cara Pencegahan
●    Pengambilan vaksin Hepatitis B sebanyak tiga dos di hospital atau klinik kesihatan.
●    Elak dari melakukan aktiviti yang berisiko menularkan jangkitan seperti berkongsi peralatan peribadi yang tercemar.
●    Gunakan sarung tangan sekiranya megendalikan kerja yang terdedah kepada cecair dan darah manusia.
●    Amalkan hubungan seks yang selamat seperti pemakaian kondom.
●    Golongan yang berisiko disarankan  menjalani saringan Hepatitis di hospital atau klinik berdekatan.
 
Rawatan
Pesakit yang menghidap penyakit Hepatitis B memerlukan rawatan sokongan berdasarkan simptom yang dialami. Untuk pesakit kronik, beberapa ubat antivirus diperlukan untuk rawatan.
Jika anda dijangkiti, anda perlu:
●    Bincang dengan doktor untuk mendapat rawatan lanjut. Patuhi temujanji yang ditetapkan.
●    Dapatkan rehat yang mencukupi
●    Hindari minuman beralkohol.
●    Jangan ambil ubat atau vitamin tanpa nasihat doktor.
●    Amalkan gaya hidup yang sihat. Elakkan sebarang aktiviti yang berisiko menularkan jangkitan.
Komplikasi Kronik
Jangkitan HBV ditahap kronik boleh menyebabkan kerosakan hati yang teruk. Antara komplikasi kronik bagi pesakit yang menghidap HBV ialah sirosis hati. Antara simptom sirosis hati ialah:
●    Abdominal membengkak
●    Berubah tingkah-laku atau tahap kepekaan
●    Muntah berdarah
●    Hilang selera makan

Rujukan
1. Centres for Disease Control and Prevention (CDC). (2020, June 22).  Hepatitis B Information. https://www.cdc.gov/hepatitis/hbv/index.htm
2. Suraya Muhamad, (2020, August), Hati & Kesihatan. My Health for Life. https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/Umum/e-Magazine_Edisi_Hepatitis_(Ogos-Reduce).pdf