Free shipping for orders over RM100.00
Jenis-Jenis Diabetes

 

Hari Diabetes Sedunia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan pada 10 November 2021 dengan tema hari sambutan pada tahun ini adalah ‘Akses Kepada Penjagaan Diabetes: Jika Bukan Sekarang, Bila Lagi?’. Tema ini selaras dengan keperluan mendesak di seluruh dunia untuk meneruskan usaha pelbagai hala untuk mempromosikan dan meningkatkan kesihatan sejagat, dan menyediakan akses kepada rawatan dan pendidikan penjagaan kesihatan terutamanya penyakit diabetes.  Tema untuk sambutan pada tahun ini juga bertepatan dengan 100 tahun penemuan insulin bagi merawat penyakit diabetes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih kurang 463 juta orang dewasa di seluruh dunia penghidap penyakit diabetes pada tahun 2019. Tinjauan Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan (NHMS 2019) pada tahun yang sama di Malaysia juga mendapati 1 daripada 5 orang yang berumur 18 tahun ke atas menghidap diabetes di mana bersamaan dengan 3.9 juta penduduk Malaysia. Lebih merisaukan apabila 8.9% daripada mereka ini tidak mengetahui menghidap diabetes. Pesakit diabetes juga berisiko lebih tinggi mendapat komplikasi yang serius sekiranya dijangkiti virus COVID-19.

Sumber rujukan:

DG of Health. (2021, November 10). Kenyataan Akhbar KPK 10 November 2021 –  Sempena Hari Diabetes Sedunia 2021. Retrieved from https://kpkesihatan.com/2021/11/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-november-2021-sempena-hari-diabetes-sedunia-2021/

Utusan Malaysia. (2021, 19 April). Kesedaran Rakyat Malaysia Terhadap Diabetes Membimbangkan. Retrieved from https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/04/kesedaran-rakyat-malaysia-terhadap-diabetes-membimbangkan/

2) JENIS DIABETES

Diabetes mellitus atau lebih dikenali sebagai kencing manis terjadi apabila tahap gula dalam darah melebihi paras normal. 

Jenis 1 – penyakit auto-immunisasi dimana badan gagal menghasilkan insulin apabila sistem imun menyerang sel beta dalam pancreas. Kebiasaaanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja. 

Jenis 2 – apabila badan tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan (insulin resistance) atau insulin dihasilkan tidak mencukupi. Jenis yang biasa ditemui & hampir 90% penghidap jenis ini. Kebiasannya berlaku pada orang berumur dan mempunyai berat badan berlebihan.

Diabetes Semasa Hamil (Gestational Diabetes) – paras gula dalam darah meningkat semasa kehamilan yang biasanya berlaku dalam trimester kedua. Kebiasaannya akan hilang selepas melahirkan namun risiko untuk mendapat diabetes jenis 2 jika tidak dikawal.

Lebih banyak info lanjut akan datang.

Disediakan oleh: Ain Nabihah (Dietitian)